ALLAH SENTIASA ADA.. SENTIASA CINTAI ALLAH

HIDUP INI TIADA ISTILAH SUNYI ANDAI ALLAH SENTIASA DIHATI

Bila di belenggu masalah sedangkan tak siapa pun yang mengambil kisah , Ingatlah pada DIA yang tak pernah melukakan hatimu ..
Bila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu , Jangan putus asa kerana DIA Melihat segalanya ..
Bila semua orang di sekeliling tak mahu mendengar suara dan keluhanmu , Jangan kecewa kerana DIA MAHA PENDENGAR ..
Dan bila parut lukamu dicederakan lagi , Ingatlah DIA sentiasa bersama-sama orang yang sabar ..

" Ketika kehidupan memberi seribu alasan untuk menangis ,
tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum . Indahnya hidup bukan kerana seberapa banyak orang mengenal kita , namun seberapa banyak orang bahagia kerana mengenal kita "

Agaknya, bagaimana ALLAH MENCINTAI SESEORANG? Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia MEMANGGIL MALAIKAT JIBRIL dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril MENGUMUMKANNYA kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

p/s : MasyaAllah..lihatlah cinta Allah, sungguh luar biasa hebat..ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan, “Aku cinta si dia!”..tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhlukNya..? TabarakAllah