sudah..cukup..cukup..sudah..

olla ?!

assalamualaikum sis n brota!

harini sedih sgt bile on9 .. n then ad 1mcg .. from suhaimi safein .. =,=' .. ye .. tu nme pakwe aku .. sbb sorg pompuan yg t'gile2 kan pakwe aku @xgf.. sakit nye aty aku !

wey ! sakit aty .. tu je mampu ! die dah block aku ..click la0 nk baca .. bahaso kelate tuu ;) aku pun xdpt nk pham sgt..

tu sume bkan Kimiey yg anta .. tu xgf die .. urmm .. ak dah serik dah .. cukup lah .. nk put0s ! arghhh .. kbye

blog saye tampil dgn wjh baru ! haha ..

tgok kiri kanan atas bwah erh .. peace ! sekian

#k bye !

senyum seindah suria ... yang membawa cahaya ,,,

aku suke senyum sorang2 sbb ............. hehe .. xgile pun .... reasons nye ade kat bwah ni .. (actually, ekah pun bru thu .. kakaka~)

1. Senyum membuat anda lebih menarik. Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik.Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa dan senang.Orang yg selalu merungut, murung, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak selesa.Dipastikan orang yg banyak tersenyum mempunyai banyak teman.


2. Senyum mengubah perasaanJika anda sedang sedih, cubalah tersenyum.Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.Menurut penelitian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.


3. Senyum boleh menular Ketikan seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia


4. Senyum menghilangkan stres Stres boleh kelihatan di wajah.Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih.


5. Senyum meningkatkan imunitas.Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, selsema dan batuk boleh hilang dengan senyum.


6. Senyum menurunkan tekanan darahTidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa semulajadi, dan serotonin.Senyum ibarat ubat semulajadi.Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi, dan serotonin.Ketiganya adalah hormon yg boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda.Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum membuat anda kelihatan berjaya.Orang yg tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal, dan boleh diandalkan.Banyakkansenyum ketika mesyuarat atau bertemu dengan klien.Pasti rakan sekerja anda akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum membuat orang berfikir positif.Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.

pakai lah tudung oke ?

ni ha ! haha ..untuk u olss ..

jeng jeng jeng~~ ,, b'tdg lah untk mengelakkan kutu kutu berterbangan dan membuat taman astakona di rambut. Eeyucckksss. Mengikut kajian sains, kutu boleh buat lompat jauh sejauh 350 kali badannya. Jauh tu wei. Sebab tu rambut kena tutup. Bila nanti dah bersarang dekat rambut, menangis keluar air mata darah pun dah tak guna. Hari hari kena pakai ubat kutu. Gila haru. -_-"

1)Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.



2.1)V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dalamwww.islamonline.net/english/Science.



2.2)Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".



4)Mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dengan pewarna rambut,menurut pakar sains ,pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.haaaa..xsehat la rambut kita kan..



Allah Taala berfirman, Maksudnya:Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak aripadanya (iaitu wajah dan kedua-dua telapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-daudara wanita mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita �(al-Nur : 31).



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”(surah al-Ahzab ayat 59)





Ya lah , sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

sesungguhnya, hamba telah mengopy dgn izin tuan tanah itu tnpe credit k ? haha .. lbey kurang copycat jugak kot ? #merapu
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :







Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.